Bernama
Julai 11, 2023 20:25 MYT
KUALA LUMPUR: Dasar Pendidikan Digital Negara telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri untuk dilaksanakan segera bagi memastikan kefasihan digital dalam kalangan guru, murid dan pemimpin sekolah. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, bagi menjayakan dasar itu Kementerian Pendidikan (KPM) telahpun memulakan usaha dengan memberi tumpuan memperbaiki infrastruktur dan memperkemas ekosistem digital di sekolah-sekolah.
"KPM bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam meningkatkan infrastruktur serta ekosistem digital di sekolah dan untuk permulaan 3,600 sekolah sudah mendapat manfaat daripada projek PoP (Point of Presence) KKD," katanya.


